Saturday, April 24, 2010

Olive Oil

Bagaimana Olive Oil Membantu Menurunkan Berat Badan ?
Fat atau lemak adalah bahan yang membantu program penurunan berat badan yang menekankan pengurangan makanan berkarbohidrat untuk berjaya.

Apabila anda mengambil SD2, lemak adalah teman anda kerana ianya bukan sahaja mengenyangkan tetapi ia juga melambatkan pengeluaran glukos kedalam saluran darah. Dengan menyederhanakan kandungan gula didalam darah, ianya juga menyebabkan anda kurang ketagih akan makanan berkarbohidrat.

Lemak pemakanan, dengan gabungan diet yang kurang karbohidrat juga akan mempercepatkan pembakaran lemak didalam badan. Apabila badan mula menggunakan lemak dan bukan glukos sebagai bahan bakar, maka proses pembakaran lemak anda sudah dipercepatkan.

Lemak yang semulajadi dan sihat boleh ditemui pada minyak zaitun, bijiran, minyak kacang, butter, avocado dan ikan seperti salmon, sardine dan mackerel.

Lemak atau fat yang patut anda jauhi samada anda menjalani program SD2 atau tidak adalah lemak yang sudah dirubah secara kimia, minyak hydrogenated yang telah diproses yang juga dikenali sebagai 'trans fats' yang juga boleh dijumpai didalam 'shortening' dan juga bahan makanan ringan seperti potato chips yang sudah diproses dan dijual secara komersial.

Suhu yang tinggi akan merubah struktur sel molekul lemak yang baik kepada lemak yang tidak baik. Ianya menjadi rancid atau oxidizing dan penggalak utama penyakit kanser. Oleh itu berhati-hati apabila memasak menggunakan minyak yang sudah terlalu panas atau telah digunakan berulangkali ketika memasak makanan.

No comments: