Wednesday, April 28, 2010

keto sticks

Jadual Keputusan Keto Sticks
Jika keputusan (perubahan warna) menunjukkan: (Rujuk Jadual Keputusan Keto Sticks )

Putih (Negative) - Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda.
Merah sangat muda (Trace) - Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku. Walaubagaimanapun anda masih belum di tahap yang ideal.
Merah muda (Small) - Ini adalah bacaan ideal di mana anda dalam keadaan ketosis dan corak pengambilan karbohidrat / pemakanan anda adalah betul.
Ungu muda (Moderate) - Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Kemungkinan besar badan anda memerlukan lebih air.
Maroon / Ungu (Large) - Ketosis terlalu tinggi dan tubuh anda amat memerlukan air dan anda perlu mengambil karbohidrat dalam diet anda.


KETO STICKS
Slim Diet II adalah satu program/pelan diet yang berasaskan kepada Ketosis iaitu proses semulajadi pembakaran lemak kepada tenaga. Oleh itu, tahap pembakaran lemak kepada protein boleh diukur dengan menggunakan Keto Sticks (contoh seperti dalam gambar di atas). Masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan adalah pada hari ke-3 hingga hari ke-7 anda mula mengambil SDII.

Caranya: lakukan ujian ke atas air kencing anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa. Celupkan Keto Sticks ke dalam air kencing selama 1 - 2 saat. Pastikan bahagian depan Keto Sticks yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air kencing sepenuhnya. Bandingkan keputusan ujian dengan jadual keputusan Keto Sticks.

DI MANA ANDA BOLEH DAPATKAN KETO STICKS?


Dengan membeli setin SDII (RM144 atau RM108 apabila anda menjadi ahli), Saya akan membekalkan anda dengan sekeping keto sticks dengan percuma!

Oleh itu, anda boleh memeriksa keadaan ketosis badan anda setelah pengambilan SDII seawal mungkin (sebaik-baiknya 3 hari selepas mula mengambil SDII)!

Sekiranya anda ingin / perlukan bekalan Keto Sticks yang lebih banyak, anda boleh mendapatkan bekalan Keto Sticks daripada kami dengan hanya RM27 untuk 50 keping Keto Sticks.

BEGITU MUDAH UNTUK MENGETAHUI BETAPA BERKESANNYA SDII!

Contoh cadangan menu




MENU 1
MENU2
MENU 3
MENU 4
SARAPAN
2 telur rebus 
1 tomato bersaiz sederhana
2 telur dadar
Mixed-vege
Sup telur bersama dada ayam dicarik-carik2 telur goreng dan salad sayur
MAKAN TENGAHARI
Masak kicap daging lembu, sayur brokoli digoreng bersama udang basahRendang ayam, Sayur brokoli dancauliflowerStik daging bersama tomato segarIkan kukus bersama cendawan, tomato dan daun bawang
MAKAN MALAM
Lamb chop dengan sos pudinaAyam panggang, taufu + daging kisar, bayamIkan kukus bersama cendawan, tomato dan daun bawangIkan dan ketam bakar, brokoli dancauliflowergoreng
SUPPER
SD 2
SD 2
SD 2
SD 2

Saturday, April 24, 2010

Ubat-ubatan Yang Menghalang Penurunan Berat Badan

Jika anda mengambil SD2 dan masih mengalami masalah untuk menurunkan berat badan, jangan lupa melihat bahan2 yang terkandung didalam ubat-ubatan yang anda ambil.

Diantara ubat-ubat yang perlu anda perhatikan adalah:-

1. Antidepressants, terutamanya didalam kategori SSRI (selective serotonin reuptake inhibitors). SSRI mempunyai kesan sampingan yang akan mengakibatkan susah tidur, anxiety, gemuruh, pening kepala dan ketagih karbohidrat. Banyak ubatan yang telah lama dipakai untuk rawatan psycothropic (tricyclic antidepressants) juga menyebabkan kenaikan berat badan.

2. Estrogen dan juga kebanyakan HRTs (hormone replacement therapies) termasuk ubat perancang kehamilan akan mengakibat kenaikan berat badan dan menghalang penurunan berat badan. Kebanyakan hormone yang diambil akan mengkibatkan penguasaan estrogen didalam badan dan menghalang insulin yang mengganggu penurunan berat badan.

3. Ubat untuk penyakit darah tinggi.Terutamanya diuretics yang juga dikenali sebagai beta-blockers, yang menyebabkan penghalang kepada penurunan berat badan. Apabila berat badan anda turun, selalunya tekanan darah akan menjadi lebih baik dan doktor anda perlu mengurangkan ubat penyakit darah tinggi supaya tidak over-dose.

Berhubunglah dengan doktor anda untuk mencari alternatif kepada ubat-ubatan diatas termasuk juga steroids, NSAIDs dan statins yang mungking menghalang penurunan berat badan anda. ANDA TIDAK DIMINTA UNTUK BERHENTI ATAU MENGURANGKAN UBAT-UBATAN TERSEBUT HANYALAH SETELAH MENDAPAT NASIHAT DOKTOR ANDA.

Olive Oil

Bagaimana Olive Oil Membantu Menurunkan Berat Badan ?
Fat atau lemak adalah bahan yang membantu program penurunan berat badan yang menekankan pengurangan makanan berkarbohidrat untuk berjaya.

Apabila anda mengambil SD2, lemak adalah teman anda kerana ianya bukan sahaja mengenyangkan tetapi ia juga melambatkan pengeluaran glukos kedalam saluran darah. Dengan menyederhanakan kandungan gula didalam darah, ianya juga menyebabkan anda kurang ketagih akan makanan berkarbohidrat.

Lemak pemakanan, dengan gabungan diet yang kurang karbohidrat juga akan mempercepatkan pembakaran lemak didalam badan. Apabila badan mula menggunakan lemak dan bukan glukos sebagai bahan bakar, maka proses pembakaran lemak anda sudah dipercepatkan.

Lemak yang semulajadi dan sihat boleh ditemui pada minyak zaitun, bijiran, minyak kacang, butter, avocado dan ikan seperti salmon, sardine dan mackerel.

Lemak atau fat yang patut anda jauhi samada anda menjalani program SD2 atau tidak adalah lemak yang sudah dirubah secara kimia, minyak hydrogenated yang telah diproses yang juga dikenali sebagai 'trans fats' yang juga boleh dijumpai didalam 'shortening' dan juga bahan makanan ringan seperti potato chips yang sudah diproses dan dijual secara komersial.

Suhu yang tinggi akan merubah struktur sel molekul lemak yang baik kepada lemak yang tidak baik. Ianya menjadi rancid atau oxidizing dan penggalak utama penyakit kanser. Oleh itu berhati-hati apabila memasak menggunakan minyak yang sudah terlalu panas atau telah digunakan berulangkali ketika memasak makanan.

Pemakanan OAT

Adakah Kita Boleh Memakan Oat Semasa Melakukan Diet SDII?
Ada berberapa pertanyaan yang saya terima mengenai pemakanan oat semasa melakukan program diet SD2.

Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijiran, dan biji benih tumbuhan ini. Ia digunakan bagi makanan manusia, dan juga sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda.

Pengambilannya dipercayai mengurangkan LDL kolesterol ("buruk"), dan berkemungkinan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oat juga merupakan bijiran selamat bagi pengidap penyakit celiac (alahan gluten).

Selepas lapuran mengenai bahawa oat mampu membantu mengurangkan kolesterol keluar, "kegilaan bijirin oat" melanda U.S. pada akhir 1980-an dan memuncak pada 1989.Popular oatmeal dan keluaran oat lain sekali lagi meningkat selepas keputusan Food and Drug Administration pada Januari 1997 bahawa kebanyakan (oat bran) atau (rolled oats) boleh meletakkan label yang mendakwa bahawa ia mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung, apbila digabung dengan diet kurang lemak.

Walaupun menurut lapuran mengatakan oat adalah satu makanan yang baik, mari kita lihat kandungan nutrisi pemakanan oat:

Oat Nutritional value per 100g (3.5oz)
Energy 1,628kJ (389kcal)
Carbohydrates 66 g
Dietary fiber 11 g
Fat 7 g
Protein 17 g
Pantothenic acid(B5) 1.3 mg (26%)
Folate(Vit. B9) 56 μg (14%)
Iron 5 mg (40%)
Magnesium 177 mg (48%)
β-glucan (soluble fiber) 4 g
Percentages are relative to USrecommendationsfor adults.
Source:USDA Nutrient database

Kandungan karbohidrat didalam setiap hidangan 100 g Oat adalah 66g. Ini adalah terlalu tinggi dan melebihi had 35g karbohidrat sehari untuk pengamal diet SD2. Cukup dengan memakan 50g Oat sahaja akan menyebabkan badan kita tidak lagi membakar lemak tersimpan dan mengambil tenaga & gula dari oat yang kita makan tadi.

Berhenti lah makan oat sementara diet SD2 sekiranya anda ingin cepat menurunkan berat badan.

Telur

Telur - Makanan Lengkap Dan Sempurna Untuk Pengamal Diet SDII
 
Telur mengandungi nutrisi yang lengkap dan seringkali dipanggil sebagai makanan yang cukup sempurna lebih-lebih lagi untuk pengamal diet SD2. Sebiji telur mengandungi 70 kalori, 6 gram protien, kurang dari 1 gram karbohidrat, 4.5 gram lemak dan kaya dengan vitamin dan minerals. Sebenarnya, satu-satunya bahan yang tidak ada langsung didalam telur hanyalah Vitamin C.

Sebiji telur juga mengandungi 215 milligram kolesterol. Namun begitu kolesterol yang dimakan tidak semestinya terus menjadi kolesterol didalam darah manusia. Kebanyakan kolesterol yang ada didalam darah manusia adalah dibentuk oleh badan kita sendiri dan bukan dari apa yang kita makan. Jumlah kolesterol yang terbentuk oleh badan kita adalah kerana faktor berat badan dan juga keturunan. Sekiranya anda menjaga kandungan karbohidrat yang rendah didalam badan anda apabila menjalani program diet SD2, maka kolesterol didalam telur tidak akan mengakibatkan apa-apa risiko kesihatan kepada anda.

Ada beberapa sebab yang baik kenapa pemakanan telur sudah meningkat. Kajian telah menunjukkan bahawa makanan yang berkolesterol tinggi seperti kuning telur adalah bukan sebab sebenar kandungan kolesterol didalam darah meningkat. Satu kajian yang telah dibuat oleh penyelidik di Michigan State University menunjukkan bahawa orang yang memakan 4 biji telur atau lebih seminggu mempunyai kandungan kolesterol yang lebih rendah daripada orang yang tidak memakan telur langsung. Orang yang memakan banyak telur mendapat nutrisi makanan yang lengkap kecuali Vitamin B6 dan fiber jika dibandingkan dengan orang yang tidak kerap memakan telur.

Kuning telur juga adalah sumber nutrisi yang kaya. Ia adalah diantara satu-satunya makanan yang membekalkan Vitamin D dan juga membekalkan riboflavin, folate, vitamin A dan selenium yang secukupnya. Adalah lebih bermakna untuk melengkapkan pemakanan kita dengan sumber pemakanan yang cukup dengan kuning telur ini daripada hanya memakan putih telur atau kolesterol-free egg subsitute. Produk gantian telur ini sebenarnya adalah putih telur dengan campuran bahan pewarna (untuk meniru warna kuning telur), perisa tiruan, rempah, vitamin dan mineral (untuk mengganti dari apa yang terdapat pada kuning telur), agen dan stabilizer makanan.

Ingatlah, selagi kita tetap mengambil dan menjaga kandungan karbohidrat yang rendah dari makanan kita, kita boleh mengambil lemak yang sihat seperti telur termasuk kuning telur disamping ia tetap merendahkan kandungan kolesterol didalam darah kita.
Sekiranya anda masih belum berjaya, cubalah SD2

Peraturan Penting Apabila Melakukan Diet SDII

Adakah anda bersedia untuk melakukan diet SDII ? Berikut adalah peraturan-peraturannya dan ingatlah peraturan-peraturan ini seolah-olah nyawa anda tergantung kepadanya.
1. JANGAN MENINGGALKAN WAKTU MAKAN.(DO NOT SKIP MEALS)
Makan 3 kali sehari dgn saiz sedarhana atau 4 atau 5 kali dengan size yang kecil.

2. JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGA.
(DO NOT GO MORE THAN SIX WAKING HOURS WITHOUT EATING)
Boleh juga mengambil snek setiap 4 jam atau makan setiap kali anda merasa lapar.

3. MAKAN PROTIEN YANG CUKUP. (EAT ENOUGH PROTIEN)

Makan protien dalam bentuk lauk-lauk seperti ikan, daging, telur, ayam, itik dan seumpanya dan makanlah sehingga anda kenyang dgn selesa dan bukan terlalu kenyang. Juga supplement dengan memakan SDII sebanyak 2 skop sebanyak 4 kali sehari.

4. JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI.

(EAT NO MORE THAN 35 GRAMS A DAY OF NET CARBS)
Ada juga yang berpendapat mengatakan tidak boleh melebihi antara 20 - 35 gram karbohidrat setiap hari. Setiap orang mempunyai Critical Carbohydrate Level (CCL) of fat burning yang berlainan. Sebenarnya 35 grams karbohidrat itu sudah terkandung didalam kabohidrat yang ada didalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat setiap hari.


5. JANGAN MAKAN APA-APA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET.

(EAT ABSOLUTELY NO FRUIT, BREAD, PASTA, GRAINS, STARCHY VEGETABLES, LEGUMES OR ANYTHING MADE WITH FLOUR OR SUGAR DURING THE WEIGHT LOSS PROGRAM)Boleh makan sayuran hijau (tak berkanji), tomato dan buah avocado yang rendah karbohidrat.

6. MINUM SEKURANG-KURANGNYA 2 LITRES AIR KOSONG SETIAP HARI.(DRINK AT LEAST 2 LITRES OF WATER EVERYDAY)
Kumuhan atau sisa pembakaran lemak iaitu ketone perlu dikeluarkan dari badan melalui air kencing.

7. HINDARI MINUMAN BERKEFEIN SEPERTI KOFEE, TEA DAN MINUMAN RINGAN DAN BERGAS.(AVOID CAFFEINE IN THE FORM OF COFFEE, TEA AND SOFT DRINKS)Meminum kafein akan menyebabkan kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih gula.

8. KIRA SETIAP PAKET PEMANIS TIRUAN SEBAGAI 1 GRAM NET KARBOHIDRAT.(COUNT EACH PACKET OF ARTIFICIAL SWEETENER AS 1 GRAM OF NET CARBS)
Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu. Berhenti terus minuman manis, bergas dan bergula.

9. APABILA ANDA MAKAN DILUAR, MAKA BERHATI-HATILAH DENGAN KARBOHIDRAT TERSEMBUNYI.
(WHEN YOU EAT OUT, WATCH FOR HIDDEN CARBS)Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings.

10. JANGAN MENYANGKA SEMUA MAKANAN MEMPUNYAI KARBOHIDRAT YANG RENDAH.
(DONT ASSUME ANY FOOD IS LOW IN CARBOHYDRATE)Sila rujuk kuantiti karbohidrat pada setiap pack makanan atau gunakanlah pengira gram karbohidrat (carbohydrate gram counter) untuk memastikan anda tidak memakan lebih dari 35g karbohidrat sehari supaya badan anda masih boleh membakar lemak terkumpul.

Masih menghadapi masalah penurunan berat badan ?

Sekiranya anda menghadapi penurunan berat badan yang perlahan apabila telah lebih seminggu memulakan program diet SD2, ini bermakna tahap kesihatan metabolism anda adalah lebih perlahan dari orang lain dan dengan itu anda lebih perlahan membakar simpanan lemak dan penurunan berat anda pun memang jadi perlahan. Sekiranya anda memang seorang yang lambat menurunkan lemak, anda juga mungkin menghadapi masalah sekatan pembakaran lemak yang sangat mengecewakan apabila kadangkala berat anda tidak turun langsung buat seketika. Haraplah bersabar. Janganlah perkara ini menyebabkan anda mengaku kalah dengan cepat. Kekangan metabolism yang tinggi memerlukan anda melakukan beberapa penyesuaian kecil didalam perkara-perkara berikut:-

1. Adakah anda sudah faham maksud sebenar makanan berkabohidrat dan anda benar-benar tidak mengambil karbohidrat yang tersembunyi ?
 Perhatikan karbohidrat tersembunyi dengan lebih teliti seperti salad dressings, kekacang dan kuah makanan untuk lamb/chicken chop dan kurangkan lagi makanan yang rendah karbohidrat seperti avocado, buah zaitun dan limau kasturi atau limau purut.  Sila lihat tulisan saya sebelum ini mengenai karbohidrat tersembunyi. Gunakanlah keto sticks secara lebih kerap untuk memastikan bahawa anda memang tiada memakan karbohidrat yang tinggi. Sekiranya ujian keto sticks masih putih ini bermaksud anda perlu semak kembali setiap inci pemakanan anda kerana kandungan karbohidrat yang anda makan masih tinggi. Sekiranya ujian keto sticks anda sudah pink tetapi berat badan anda makin naik, besar kemungkinan anda sedang hamil.

2.  Adakah anda masih kurang atau meninggalkan waktu makan yang sepatutnya ? Adakah anda masih berlapar ?
Makanlah sekurang-kurangnya 3 kali sehari atau 4, 5 kali sehari dengan saiz yang sederhana. Mengurangkan makanan atau terlalu lama tidak makan (anda tidak harus berlapar lebih dari 6 jam waktu berjaga) akan menyebabkan kandungan gula dalam darah berkurangan dan anda akan merasa letih, menggigil dan lapar. Ubah suai semula cara makan anda kerana anda tidak harus mengurangkan makan atau meninggalkan waktu makan anda. Sekiranya anda kurang makan dan selalu berlapar makan badan anda akan membakar lemak lebih perlahan kerana secara semulajadinya badan anda ingin hidup lebih lama dan membakar lemak lebih perlahan diwaktu susah untuk mendapatkan makanan. 

3. Adakah anda memakan ubat-ubatan atau supplement yang menghalang penurunan berat badan ?
Sila semak kandungan ubat-ubatan anda serta supplement yang anda makan supaya tidak mengandungi kandungan karbohidrat serta gula yang tinggi atau termasuk  didalam senarai ubat-ubatan yang melambatkan penurunan berat badan seperti yang telah saya senaraikan sebelum ini.   

4. Jalanilah cara hidup yang aktif dan pergilah bersenam.
Pada tahap ini anda perlu pergi bersenam. Lakukanlah  sekurang-kurangnya 30 minit senaman ringan setiap hari. Banyak maklumat yang saya dapati dari pengamal SD2 bahawa senaman akan mempercepatkan penurunan berat badan dan juga cubalah beralih jenis senaman dari satu jenis kepada jenis yang lain  juga akan memberi kesan yang lebih baik. 

5. Kurangkan terlalu banyak pemakanan berprotien pada satu masa.
Cuba fahamkan betul-betul maklumat ini kerana adalah penting untuk anda lakukan dengan betul. Jangan makan terlalu banyak pemakanan berprotien pada satu masa kerana jika terlalu banyak makan badan kita juga akhirnya akan boleh menukarkan protein menjadi gula didalam darah dan ini akan mengganggu pembakaran lemak didalam badan. Cara pemakanan protien yang sesuai adalah dengan memakan saiz yang kecil atau sederhana tetapi makan dengan lebih kerap seperti 4 atau 5 kali sehari. Anda sepatutnya rasa puas apabila selesai makan tetapi tidak terlalu kenyang. Makanlah dengan lebih perlahan boleh menyebabkan anda mengukur samada anda sudah kenyang atau belum. Apabila anda tidak yakin berapa banyakkah yang perlu anda makan kerana anda sudah biasa kerana bertahun-tahun makan dengan banyak, maka cubalah makan kurang dari apa yang anda biasa makan pada setiap kali waktu makan. Selepas 30 minit, jika anda tidak lagi merasa lapar, maka anda akan merasakan perbezaan diantara tabiat makan yang buruk atau lapar yang sebenar. Akhirnya anda akan belajar banyak manakah yang perlu anda makan yang akan menyebabkan penurunan berat badan.

6. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 litre air setiap hari.
Bukan sahaja dengan meminum banyak air anda boleh mengatasi masalah sembelit, anda juga boleh membezakan samada anda betul-betul lapar atau cuma dahaga. Badan anda mungkin memberi alamatl yang ia sedang lapar padahal apa yang ia perlukan adalah sebenarnya minuman. Air yang cukup diperlukan untuk tindakbalas pembakaran yang optima didalam badan dan pembuangn kumuhan pembakaran iaitu ketone malui air kencing. Kekurangan air menyebabkan tindakbalas pembakaran menjadi tidak efisien dan melambatkan penurunan berat badan.

7. Adakah anda period semasa melakukan diet SD2?

Pada waktu ini tindakbalas kimia didalam badan kita tidak menyebabkan apa-apa pembakaran lemak dibadan. Berat badan tidak akan turun dan keto sticks kita akan sentiasa putih pada waktu ini.

8. Apabila anda sembelit, maka lakukan yang sepatutnya.

Apabila anda sembelit maka anda akan merasa sembab dan merasa lemah untuk melakukan senaman dan akibatnya berat badan anda tidak turun. Makanlah banyak sayuran (jangan makan buah-buhan lagi masa waktu ini), minum banyak air dan tambahkan fiber atau physillium husk (yang tidak berperisa) didalam minuman anda. Masalah ini akan selesai dengan mudah.

9. Jangan terlebih makan pemanis tiruan.

Setiap paket pemanis tiruan mengandungi lebihkurang 1 g karbohidrat. Sekiranya kita makan 5 paket sehari anda hampir memakan lebihkurang suku dari jumlah karbohidrat yang dibenarkan. Jangan mengambil lebih dari 3 paket sehari. Setengah orang menghadapi lebih masalah untuk memecahkan ketagihan karbohidrat apabila memakan pemanis tiruan. Apabila anda masih ketagih karbohidrat selepas satu minggu mengikuti program SD2, berhenti terus segala pemanis tiruan dan cuba perhatikan sekiranya ketagihan anda mula berkurangan dan penurunan berat anda sudah berfungsi kembali.

10. Berhenti minuman berkaffein.

Sekiranya anda ketagih minuman berkaffein, maka anda perlu beralih kepada minuman decaf tanpa gula. Kaffein berlebihan seperti didalam koffe, teh dan cola member kesan kepada kandungan gula didalam darah dan akan menyebabkan anda ketagih gula.

Kelebihan SDII

Apakah Kelebihan SDII Berbanding Program Diet Yang Lain ?
 
1. Selamat dan efektif kerana bersumberkan pemakanan alam semulajadi (i.e protien soya yang berkualiti tinggi) dan pembakaran lemak dibadan secara semulajadi juga.

2. Memegang rekod dunia penurunan berat badan sebanyak 64kg dalam masa 1 bulan.

3. Program pelangsingan badan yang pertama yang mengamalkan teknik diet karbohidrat rendah.

4. Berdasarkan jumlah jualan di asia-pasifik sahaja, SD2 telah berjaya menurunkan sebanyak 6000 tan lemak diseluruh dunia sepanjang 21 tahun dipasaran.

5. Penurunan berat badan pada kadar 250g - 500g setiap hari.

6. Pada setiap 500g lemak yang dibakar ditukar menjadi tenaga kepada 3000 kalori.

7. Tiada masalah kulit kendur & berkedut kerana berasaskan protien soya dan pemakanan protien yang cukup untuk menegangkan kulit dan nampak lebih muda.

8. Tidak perlu berlapar, perlu makan 3 kali sehari dan boleh tambah jika merasa lapar.

9. Membantu mengurangkan masalah kesihatan berkaitan obesiti seperti sakit lutut, darah tinggi, kencing manis dan strok.

10. Menjimatkan (i.e. kos penurunan per kg lebih murah), mudah (i.e. satu jenis produk sahaja) dan terbukti berkesan.

11. Tiada kesan sampingan seperti sakit perut atau kerap buang air besar. Kumuhan pembakaran lemak dibuang secara semulajadi dengan meminum banyak air.

Bagaimana SDII Membakar Lemak ?

Bagaimana Slim Diet II Berperanan Untuk Menurunkan Berat Badan ?

Beberapa kajian telah ditulis didalam journal perubatan dari Havard Medical School menunjukkan kebersanan penurunan berat badan dengan cara Protien Sparing Modifed Fast (PSMF). New Image Slim Diet II program adalah berdasarkan konsep PSMF ini.
Bagaimanakah ia berfungsi ?

Apabila kita mengurangkan pemakanan berkarbohidrat (gula & makanan berkanji) maka dengan secara semulajadi badan kita akan membakar lemak yang tersimpan untuk sumber gula alternatif.

Jumlah karbohidrat yang kita makan yang akan menggerakkan pembakaran lemak adalah dipanggil Level Karbohidrat Yang Kritikal atau Critical Carbohydrate Level (CCL). Apabila lemak dihuraikan maka ketone akan dihasilkan dan proses penghuraian lemak ini dipanggil ketosis.

Jumlah ketone yang dikeluarkan boleh diukur dengan kertas ujian air kencing atau ketostix.

Keadaan seperti ini sangat baik untuk pembakaran lemak dibadan dan menghalang kita dari terlalu lapar.


Apakah kebaikan program ini ?

  • selamat dan berkesan
  • bekerja secara rapat dengan proses penurunan berat badan yang semulajadi
  • menyelesaikan punca sebenar penambahan berat badan dan bukan menyelesaikan masalah sampingan sahaja
  • harapan baru untuk menurunkan dan menjaga berat badan dalam jangka waktu panjang serta membaikpulih kesihatan secara keseluruhan
  • memberikan segala keperluan badan untuk protien yang berkualiti tinggi, vitamin, mineral, asid lemak dengan kadar yang seimbang
  • tidak menyebabkan kulit yang kendur tapi kulit menjadi tegang, tone, cantik dan tampak lebih muda
  • membakar lemak yang tersimpan
  • tampak dan rasa lebih sihat dan bertenaga

Anda tidak akan mengalami perkara-perkara berikut:-

  • tidak perlu berlapar. makanlah 3 kali sekali atau ditambah lagi bila perlu.
  • tidak ada kesan sampingan seperti  program penurunan berat badan yang lain seperti sakit perut, buang air atau kelaparan terlampau


Apple Cider Vinegar

Kenapa Perlu mengambil Apple Cider Vinegar?

Sebenarnya badan kita berfungsi paling optimum apabila pH darah berada dalam keadaan sedikit alkali, yaitu diantara pH 7.35 dan 7.45. tetapi akibat pemakanan yang kita ambil, tekanan, kurang senaman dan pencemaran, kebanyakan orang mempunyai darah yang sedikit berasid. Badan berasid juga diakibatkan diet yang kaya dengan daging atau karbohidrat terproses dan rendah serat.

Jika anda sukar mengurangkan berat badan dibanding orang lain, badan anda mungkin berada dalam keadaan asidik yang tinggi. Apabila badan anda berasid, ia akan secara semulajadi melakukan apa sahaja untuk melindungi dirinya - termasuk untuk menyimpan air dan lemak berdekatan dengan anggota badan untuk melindunginya dari asid.

Minum cuka (apple cider vinegar) adalah cara paling mudah untuk membantu mengurangkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu penghadaman dan penyerapan nutrien (bukan lemak), cuka juga dapat mengimbangkan keseimbangan asid-alkali badan anda. Cuka membantu mempercepatkan metabolisma untuk menyingkir lemak terkumpul pada badan anda.

Cuba mengambil SD2 dengan apple cider vinegar dan ketostix anda menjadi pink dengan cepat.

Produk Pelangsingan Badan Terkenal Di New Zealand Kini Di MALAYSIA !

Hasil dari kejayaan dan sambutan yang luar biasa dari produk kolostrum Alphalipid Lifeline, langkah seterusnya NZ NEW IMAGE telah memperkenalkan satu lagi produk baru yang BAKAL MENGGEGARKAN pasaran Malaysia. Sejak akhir-akhir ini kami di slimdiet2.net mula menerima banyak pertanyaan dan pesanan walaupun baru sebulan dipasarkan.



  • Memegang Rekod Dunia dengan penurunan berat badan 64kg dalam masa 1 bulan
  • Melangsingkan badan secara sihat & semulajadi dengan program yang ringkas & mudah
  • Sihat dengan zat-zat pemakanan yang seimbang
  • Kadar penurunan berat yang seimbang & sekata, tiada masalah kulit kendur & berkedut
  • Masalah kesihatan yang dialami bertambah baik tanpa disedari

Nak kurus tanpa perlu berlapar?


Bunyinya seperti anda tak percaya.. tapi itulah hakikatnya apabila anda mengikuti program diet secara sihat bersama slim diet 2 (SD2).

Slim diet 2 adalah produk pelangsingan badan yang terkenal di New Zealand dan kini baru dipasarkan di Malaysia. Program yang berdasarkan kepada penyimpanan protein dan diet ketogenik ini adalah hasil kajian sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical University ( Dr.George Cahill and Dr. George Blackburn). Hasil dari kajian ini, syarikat NZ New Image Asia Sdn.Bhd yang juga pengeluar produk Colostrum Alpha Lipid Lifeline telah menghasilkan produk Slim Diet 2 yang mampu menggegarkan pasaran di Malaysia. Jangan terkejut jika dikatakan di New Zealand rekod tertinggi penurunan berat badan adalah 64 kg dalam tempoh sebulan.


Apa itu slim diet (SD2)?

SD2 adalah satu produk penurunan berat badan yang berasaskan soya protein isolote yang terpilih dan bergred tinggi, serat soya, diperkayakan dgn asid amino, vitamin A,B,C,D,E dan mineral. SD2 juga bukanlah 'meal replacement' dimana kita perlu berlapar tetapi ia adalah 'meal supplement' dimana anda perlu makan tanpa meninggalkan rutin harian anda. Oleh itu, semasa kita melalui program ini, kita tidak akan merasa letih dan kelihatan lesu seterusnya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.

Kelebihan menjalani program Slim Diet 2:
Ianya adalah selamat kerana ia berasaskan protein soya dan zat-zat pemakanan yang seimbang. Tidak mengandungi segala jenis dadah yang berbahaya dan ianya adalah produk di bawah kajian pakar-pakar perubatan.
 
Ianya adalah berkesan. Kita merasa kenyang walaupun proses penurunan berat badan masih berterusan. Ia juga tidak menimbulkan kesan kulit kendur dan berkedut selepas penurunan. Penurunan purata 1 minggu adalah 3kg jika setia pada program tanpa perlu berlapar.
 
Program SD2 juga adalah lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan program-program yang lain yang beasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori. Maksudnya disini adalah kos perkg bagi penurunan berat badan adalah lebih murah.
 
Sd2 juga menyebabkan proses nyahtoksik dan pembersihan sistem badan secara semulajadi. Tidak perlu ubat tambahan untuk proses ini. Cukup dengan meminum air yang banyak.|
 
yang penting sekali, kita boleh mencapai penurunan berat badan yang maksimum dalam masa yang singkat dan kemungkinan penambahan balik berat badan atau 'yo-yo effect' dapat dikurangkan.

Hasil dari kajian khusus dalam journal perubatan oleh sekumpulan ahli perubatan dari Harvard Medical School membuktikan keberkesanan menurunkan berat badan berdasarkan PENYIMPANAN PROTIN DAN DIET KETOGENIK. Ianya terbukti:

  • Selamat dan Efektif kerana bersumberkan Alami.  
  • Bertindak mengikut sistem penurunan berat badan secara semulajadi dan maksimum.  
  • Memulihkan punca pertambahan berat dan bukannya hanya merawat simptom.  
  • Tidak menyebabkan otot menggeleber atau menyebabkan kendur melaikan otot dan kulit yang mantap.  
  • Nyahtoksik & pembersihan sistem badan berlaku secara spontan.  
  • Program yang menawarkan ganjaran hebat dengan penurunan yang cepat berbanding dengan program yang berasaskan latihan fizikal dan kawalan kalori.  
  • Berdasarkan jumlah jualan di Asia Pasifik, produk penurunan berat badan dengan NZ New Image SDII telah menurunkan 6000 tan lemak di seluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran.  
  • Dijamin hasil yang memuaskan, berkesan, dan menjimatkan.  
  • SDII adalah program menurunkan berat PERTAMA DIDUNIA yang amalkan teknik diet karbohidrat rendah.  
  • Memegang cacatan WORLD GUINNESS BOOK OF RECORDS kategori penurunan terpantas.  
  • Kunci kejayaan SDII ialah: TURUNKAN DIET KARBOHIDRAT + KURANGKAN LEMAK.  
  • Penurunan purata 1 minggu = 3KG ADALAH PASTI ! (Jika setia pada syarat) Tanpa perlu berlaparan!
Prinsipnya menghampiri pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat. SLIM DIET II membekalkan kesemua zat pemakanan yang seimbang seperti protin berkualiti tinggi, pelbagai vitamin, galian mineral dan asid lemak dalam jumlah keperluan seimbang. Ianya juga telah diperkayakan dengan protin (protin soya isolat). Masalah kesihatan yang sedang dialami juga bertambah baik tanpa anda sedari seperti darah tinggi, sakit jantung, masaalah berkaitan pernafasan dan obesiti. Insya'allah. Ianya tidak menyebabkan:
  • Rasa lapar yang menyeksakan. Hanya makan makanan anda seperti biasa 3 kali sehari. 
  • Ianya tiada kesan sampingan dan rasa tidak selesa yang kerap berlaku dalam program penurunan berat biasa yang lain.
Pengurangan berat badan melalui SLIM DIET II adalah mudah, selamat dan berkesan. Pengurangan berat badan adalah PASTI manakala rasa lapar dapat dihindari. Paling penting ialah kemungkinan penambahan balik berat yang dikurangkan adalah sangat rendah.
PROTIN
Protin adalah asas kepada semua sel yang hidup. Protin adalah berasal dari perkataan Greek yang bermaksud 'pertama' kerana protin dikatakan sebagai bahagian tubuh badan manusia yang terpenting sekali.
Protin sering digunakan. Oleh kerana badan kita tidak mampu menyimpan protin, maka ianya perlu digantikan setiap 160 hari. Sel-sel hati pula digantikan setiap 2 minggu  manakala sel-sel darah adalah setiap 30 hari. Oleh kerana sel-sel organ ini terdiri daripada protin, hanya protin sahaja yang dapat membina, membaiki dan mengekalkan fungsi tubuh kita.
SLIM DIET II atau singkatan SDII dari NEW IMAGE hanya menggunakan Protin Soya Isolat sebagai ramuan asas dalam SDII. Protin soya Isolat merupakan komponen protin yang telah diasingkan daripada kacang soya. Ia membekalkan protin berkualiti tinggi yang setara dengan susu dan telur tetapi bebas dari lemak tepu dan kolesterol.