Wednesday, April 28, 2010

keto sticks

Jadual Keputusan Keto Sticks
Jika keputusan (perubahan warna) menunjukkan: (Rujuk Jadual Keputusan Keto Sticks )

Putih (Negative) - Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda.
Merah sangat muda (Trace) - Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku. Walaubagaimanapun anda masih belum di tahap yang ideal.
Merah muda (Small) - Ini adalah bacaan ideal di mana anda dalam keadaan ketosis dan corak pengambilan karbohidrat / pemakanan anda adalah betul.
Ungu muda (Moderate) - Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Kemungkinan besar badan anda memerlukan lebih air.
Maroon / Ungu (Large) - Ketosis terlalu tinggi dan tubuh anda amat memerlukan air dan anda perlu mengambil karbohidrat dalam diet anda.


KETO STICKS
Slim Diet II adalah satu program/pelan diet yang berasaskan kepada Ketosis iaitu proses semulajadi pembakaran lemak kepada tenaga. Oleh itu, tahap pembakaran lemak kepada protein boleh diukur dengan menggunakan Keto Sticks (contoh seperti dalam gambar di atas). Masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan adalah pada hari ke-3 hingga hari ke-7 anda mula mengambil SDII.

Caranya: lakukan ujian ke atas air kencing anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa. Celupkan Keto Sticks ke dalam air kencing selama 1 - 2 saat. Pastikan bahagian depan Keto Sticks yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air kencing sepenuhnya. Bandingkan keputusan ujian dengan jadual keputusan Keto Sticks.

DI MANA ANDA BOLEH DAPATKAN KETO STICKS?


Dengan membeli setin SDII (RM144 atau RM108 apabila anda menjadi ahli), Saya akan membekalkan anda dengan sekeping keto sticks dengan percuma!

Oleh itu, anda boleh memeriksa keadaan ketosis badan anda setelah pengambilan SDII seawal mungkin (sebaik-baiknya 3 hari selepas mula mengambil SDII)!

Sekiranya anda ingin / perlukan bekalan Keto Sticks yang lebih banyak, anda boleh mendapatkan bekalan Keto Sticks daripada kami dengan hanya RM27 untuk 50 keping Keto Sticks.

BEGITU MUDAH UNTUK MENGETAHUI BETAPA BERKESANNYA SDII!

Contoh cadangan menu




MENU 1
MENU2
MENU 3
MENU 4
SARAPAN
2 telur rebus 
1 tomato bersaiz sederhana
2 telur dadar
Mixed-vege
Sup telur bersama dada ayam dicarik-carik2 telur goreng dan salad sayur
MAKAN TENGAHARI
Masak kicap daging lembu, sayur brokoli digoreng bersama udang basahRendang ayam, Sayur brokoli dancauliflowerStik daging bersama tomato segarIkan kukus bersama cendawan, tomato dan daun bawang
MAKAN MALAM
Lamb chop dengan sos pudinaAyam panggang, taufu + daging kisar, bayamIkan kukus bersama cendawan, tomato dan daun bawangIkan dan ketam bakar, brokoli dancauliflowergoreng
SUPPER
SD 2
SD 2
SD 2
SD 2

Saturday, April 24, 2010

Ubat-ubatan Yang Menghalang Penurunan Berat Badan

Jika anda mengambil SD2 dan masih mengalami masalah untuk menurunkan berat badan, jangan lupa melihat bahan2 yang terkandung didalam ubat-ubatan yang anda ambil.

Diantara ubat-ubat yang perlu anda perhatikan adalah:-

1. Antidepressants, terutamanya didalam kategori SSRI (selective serotonin reuptake inhibitors). SSRI mempunyai kesan sampingan yang akan mengakibatkan susah tidur, anxiety, gemuruh, pening kepala dan ketagih karbohidrat. Banyak ubatan yang telah lama dipakai untuk rawatan psycothropic (tricyclic antidepressants) juga menyebabkan kenaikan berat badan.

2. Estrogen dan juga kebanyakan HRTs (hormone replacement therapies) termasuk ubat perancang kehamilan akan mengakibat kenaikan berat badan dan menghalang penurunan berat badan. Kebanyakan hormone yang diambil akan mengkibatkan penguasaan estrogen didalam badan dan menghalang insulin yang mengganggu penurunan berat badan.

3. Ubat untuk penyakit darah tinggi.Terutamanya diuretics yang juga dikenali sebagai beta-blockers, yang menyebabkan penghalang kepada penurunan berat badan. Apabila berat badan anda turun, selalunya tekanan darah akan menjadi lebih baik dan doktor anda perlu mengurangkan ubat penyakit darah tinggi supaya tidak over-dose.

Berhubunglah dengan doktor anda untuk mencari alternatif kepada ubat-ubatan diatas termasuk juga steroids, NSAIDs dan statins yang mungking menghalang penurunan berat badan anda. ANDA TIDAK DIMINTA UNTUK BERHENTI ATAU MENGURANGKAN UBAT-UBATAN TERSEBUT HANYALAH SETELAH MENDAPAT NASIHAT DOKTOR ANDA.

Olive Oil

Bagaimana Olive Oil Membantu Menurunkan Berat Badan ?
Fat atau lemak adalah bahan yang membantu program penurunan berat badan yang menekankan pengurangan makanan berkarbohidrat untuk berjaya.

Apabila anda mengambil SD2, lemak adalah teman anda kerana ianya bukan sahaja mengenyangkan tetapi ia juga melambatkan pengeluaran glukos kedalam saluran darah. Dengan menyederhanakan kandungan gula didalam darah, ianya juga menyebabkan anda kurang ketagih akan makanan berkarbohidrat.

Lemak pemakanan, dengan gabungan diet yang kurang karbohidrat juga akan mempercepatkan pembakaran lemak didalam badan. Apabila badan mula menggunakan lemak dan bukan glukos sebagai bahan bakar, maka proses pembakaran lemak anda sudah dipercepatkan.

Lemak yang semulajadi dan sihat boleh ditemui pada minyak zaitun, bijiran, minyak kacang, butter, avocado dan ikan seperti salmon, sardine dan mackerel.

Lemak atau fat yang patut anda jauhi samada anda menjalani program SD2 atau tidak adalah lemak yang sudah dirubah secara kimia, minyak hydrogenated yang telah diproses yang juga dikenali sebagai 'trans fats' yang juga boleh dijumpai didalam 'shortening' dan juga bahan makanan ringan seperti potato chips yang sudah diproses dan dijual secara komersial.

Suhu yang tinggi akan merubah struktur sel molekul lemak yang baik kepada lemak yang tidak baik. Ianya menjadi rancid atau oxidizing dan penggalak utama penyakit kanser. Oleh itu berhati-hati apabila memasak menggunakan minyak yang sudah terlalu panas atau telah digunakan berulangkali ketika memasak makanan.

Pemakanan OAT

Adakah Kita Boleh Memakan Oat Semasa Melakukan Diet SDII?
Ada berberapa pertanyaan yang saya terima mengenai pemakanan oat semasa melakukan program diet SD2.

Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijiran, dan biji benih tumbuhan ini. Ia digunakan bagi makanan manusia, dan juga sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda.

Pengambilannya dipercayai mengurangkan LDL kolesterol ("buruk"), dan berkemungkinan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oat juga merupakan bijiran selamat bagi pengidap penyakit celiac (alahan gluten).

Selepas lapuran mengenai bahawa oat mampu membantu mengurangkan kolesterol keluar, "kegilaan bijirin oat" melanda U.S. pada akhir 1980-an dan memuncak pada 1989.Popular oatmeal dan keluaran oat lain sekali lagi meningkat selepas keputusan Food and Drug Administration pada Januari 1997 bahawa kebanyakan (oat bran) atau (rolled oats) boleh meletakkan label yang mendakwa bahawa ia mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung, apbila digabung dengan diet kurang lemak.

Walaupun menurut lapuran mengatakan oat adalah satu makanan yang baik, mari kita lihat kandungan nutrisi pemakanan oat:

Oat Nutritional value per 100g (3.5oz)
Energy 1,628kJ (389kcal)
Carbohydrates 66 g
Dietary fiber 11 g
Fat 7 g
Protein 17 g
Pantothenic acid(B5) 1.3 mg (26%)
Folate(Vit. B9) 56 μg (14%)
Iron 5 mg (40%)
Magnesium 177 mg (48%)
β-glucan (soluble fiber) 4 g
Percentages are relative to USrecommendationsfor adults.
Source:USDA Nutrient database

Kandungan karbohidrat didalam setiap hidangan 100 g Oat adalah 66g. Ini adalah terlalu tinggi dan melebihi had 35g karbohidrat sehari untuk pengamal diet SD2. Cukup dengan memakan 50g Oat sahaja akan menyebabkan badan kita tidak lagi membakar lemak tersimpan dan mengambil tenaga & gula dari oat yang kita makan tadi.

Berhenti lah makan oat sementara diet SD2 sekiranya anda ingin cepat menurunkan berat badan.

Telur

Telur - Makanan Lengkap Dan Sempurna Untuk Pengamal Diet SDII
 
Telur mengandungi nutrisi yang lengkap dan seringkali dipanggil sebagai makanan yang cukup sempurna lebih-lebih lagi untuk pengamal diet SD2. Sebiji telur mengandungi 70 kalori, 6 gram protien, kurang dari 1 gram karbohidrat, 4.5 gram lemak dan kaya dengan vitamin dan minerals. Sebenarnya, satu-satunya bahan yang tidak ada langsung didalam telur hanyalah Vitamin C.

Sebiji telur juga mengandungi 215 milligram kolesterol. Namun begitu kolesterol yang dimakan tidak semestinya terus menjadi kolesterol didalam darah manusia. Kebanyakan kolesterol yang ada didalam darah manusia adalah dibentuk oleh badan kita sendiri dan bukan dari apa yang kita makan. Jumlah kolesterol yang terbentuk oleh badan kita adalah kerana faktor berat badan dan juga keturunan. Sekiranya anda menjaga kandungan karbohidrat yang rendah didalam badan anda apabila menjalani program diet SD2, maka kolesterol didalam telur tidak akan mengakibatkan apa-apa risiko kesihatan kepada anda.

Ada beberapa sebab yang baik kenapa pemakanan telur sudah meningkat. Kajian telah menunjukkan bahawa makanan yang berkolesterol tinggi seperti kuning telur adalah bukan sebab sebenar kandungan kolesterol didalam darah meningkat. Satu kajian yang telah dibuat oleh penyelidik di Michigan State University menunjukkan bahawa orang yang memakan 4 biji telur atau lebih seminggu mempunyai kandungan kolesterol yang lebih rendah daripada orang yang tidak memakan telur langsung. Orang yang memakan banyak telur mendapat nutrisi makanan yang lengkap kecuali Vitamin B6 dan fiber jika dibandingkan dengan orang yang tidak kerap memakan telur.

Kuning telur juga adalah sumber nutrisi yang kaya. Ia adalah diantara satu-satunya makanan yang membekalkan Vitamin D dan juga membekalkan riboflavin, folate, vitamin A dan selenium yang secukupnya. Adalah lebih bermakna untuk melengkapkan pemakanan kita dengan sumber pemakanan yang cukup dengan kuning telur ini daripada hanya memakan putih telur atau kolesterol-free egg subsitute. Produk gantian telur ini sebenarnya adalah putih telur dengan campuran bahan pewarna (untuk meniru warna kuning telur), perisa tiruan, rempah, vitamin dan mineral (untuk mengganti dari apa yang terdapat pada kuning telur), agen dan stabilizer makanan.

Ingatlah, selagi kita tetap mengambil dan menjaga kandungan karbohidrat yang rendah dari makanan kita, kita boleh mengambil lemak yang sihat seperti telur termasuk kuning telur disamping ia tetap merendahkan kandungan kolesterol didalam darah kita.
Sekiranya anda masih belum berjaya, cubalah SD2